Monday, January 3, 2011

Selingan...Isu Syiah di Malaysia


sumber














Ini adalah penjelasan berkenaan isu Syiah yang melanda Malaysia sejurus selepas serbuan JAKIM ke atas 200 pengikut Syiah di Hauzah Ar-Ridha,Gombak.Sebelum anda membaca artikel ini,anda bolehlah membaca satu artikel berkenaan Syiah yang telah diterbitkan di dalam MF.Mendepani isu Syiah,tidak boleh tidak mesti bercakap tentang sejarah.Ini kerana Syiah muncul dari golongan munafik yang berselindung di dalam Islam ketika zaman Rasulullah s.a.w,muncul dan membunuh para Khalifah yang bertegas kepada golongan murtad dan munafik,kemudian mempergunakan nama baik Saidina Ali r.a untuk menghalalkan satu mazhab baru:Mazhab para bidaah dan fasiq,berakar tunjang dari kaum majusi Parsi.


Dalam soal perpaduan umat Islam,kita boleh menerima mereka sebagai 'Islam' selagi mereka mengamalkan 5 rukun Islam (baca:Islam pada nama) tetapi dari sudut akidah dan pegangan sunnah Rasulullah s.a.w,kita hendaklah menjauhi mereka,kerana mereka gemarkan bidaah hasil dari hadis palsu dan penyelewengan sejarah.


Artikel ini menjawab satu-persatu kenyataan Ustaz Kamil Zuhairi,selaku ketua masyarakat Syiah Malaysia dalam satu wawancara oleh HijrahTV.




-M.O










Pengikut Imam Ja'fari




Mengikut Ustaz Kamil,Syiah yang dianutnya dipanggil Syiah Ja'fari,mengambil nama sempena Ja'far As-Sadiq,tuan guru kepada Imam Malik bin Anas dan tuan guru kepada imam mazhab yang empat (mazhab fekah Ahli Sunnah Wal Jamaah).


Jawapan:


Sebenarnya Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari Syiah yang bencikan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.


Diriwayatkan oleh Abdul Jabbar bin Al Abbas Al Hamdzani bahwa Ja`far bin Muhammad mendatangi mereka ketika mereka hendak meninggalkan Madinah, dia (Ja'far As-Sadiq) berkata,

Sesungguhnya kalian insya Allah adalah termasuk orang-orang soleh di negeri kalian, maka sampaikanlah kepada mereka ucapanku, `Barangsiapa mengira bahwa aku adalah IMAM MAKSUM yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya. Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya`. (Syiar `A`lam An Nubala : 259).


Ingat,kata-kata ini dari Imam Ja'far As-Sadiq.Salah satu tabiat Syiah ialah sukakan label-label.Syiah Rafidhah,Syiah Imam 12 dan Syiah Ja'fari adalah entiti yang sama,dan bersepakat dalam hal ini:


1-Tidak mengiktiraf Saidina Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah,sebaliknya mengangkat Saidina Ali r.a.
2-Memandang serong,menghina dan mencerca para sahabat Nabi.


Syiah suka mengaitkan mereka dengan keluarga nabi (baca:Ahli Bait) dan menganggap umat Islam (baca:ahli Sunnah wal Jamaah) sebagai pembenci keluarga nabi atau tidak menghiraukan keluarga nabi.Padahal umat Islam amat mencintai keluarga nabi.Bagi Syiah,mencintai keluarga nabi adalah HAK mereka.


 Ustaz Kamil mengatakan imam-imam feqah umat Islam (baca:Sunni) berguru atau mewarisi ajaran dari Imam Ja'far ini,nah!Sebenarnya kita lah umat Islam yang benar-benar mewarisi tunjuk ajar dari Ahli Bait dan Rasulullah s.a.w.Yang hairan bin ajaibnya,Syiah Melayu mendakwa berguru dari Imam Ja'far namun bergembira dengan segala bidaah yang sengaja dibuat-buat dan ditampal nama Imam Ja'far.Semua bidaah ini dilabelkan oleh Dr. Faisal (simpatisan Syiah) sebagai 'identiti' atau 'budaya unik'.Ingat,agama bukan boleh dimain-mainkan dengan istilah sasterawan.Agama ADALAH HAK ALLAH S.W.T.Begitu juga Syiah dan lain-lain mazhab bidaah (termasuk ajaran sesat) dilabel oleh beliau sebagai 'sekolah pemikiran'.Agama bukanlah sekolah pemikiran.Agama ialah panduan dari Tuhan.Hanya sekularis yang memikirkan agama adalah sekolah pemikiran dan produk dari sekolah pemikiran.


Imam Ja'far sendiri berlepas diri dari orang yang berlepas diri (tidak menyukai) dari Abu Bakar dan Umar (kedua sahabat ini paling dibenci Syiah kerana tegas melawan golongan murtad dan munafik ketika menjadi khalifah),bagaimana Syiah boleh merendah-rendahkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar,sahabat nabi yang dijamin syurga oleh nabi sendiri?Imam Ja'far sendiri mencintai Abu Bakar r.a dan Umar r.a:


Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan puteranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, `Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam huda.` Kemudian Ja`far berkata, `Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Shallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.` Ucapan Imam Ja'far seperti ini dia ucapkan dihadapan bapanya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya. (Tarikh Al Islam 6/46)




Sejarah


Ustaz Kamil berkata:


"...sedangkan Sunnah,Syiah ini kembali kepada sejarah.Dan kedua-duanya bersaudara.Kedua-duanya Islam.Yang satu...berpegang kepada sahabat-sahabat nabi...ahli Sunnah wal Jamaah.Yang satu berpegang kepada sahabat nabi dan keluarga nabi...(Syiah).


Jawapan:


Kali ini kata-kata Ustaz Kamil ini benar kerana sememangnya perbezaan Syiah dan Sunnah (baca:umat Islam) adalah kerana FAKTOR SEJARAH,bukan KEBENARAN.Daripada faktor sejarah inilah,para ulama Syiah memutarbelitkan sejarah dan mengarang hadis-hadis palsu.


Namun ahli Sunnah tidak semata-mata berpegang kepada sahabat-sahabat nabi.Jawapan yang tepat ialah,ahli Sunnah berpegang kepada Allah dan Rasul-Nya.Kemudian barulah kepada para sahabat dan keluarga nabi.Sebenarnya perlukah disebut dengan jelas 'keluarga nabi'?Tentulah tidak perlu kerana sudah tentu orang Islam berpegang kepada keluarga nabi sebagai ikutan.Syiah terpaksa menampal label 'keluarga nabi' dan menegaskan berkali-kali supaya cuba menunjukkan mereka sahaja yang sayangkan keluarga nabi,yang selain mereka tidak.




Syiatihi/Syiatuhu


Ustaz Kamil mendakwa di zaman Rasulullah lagi menyebut mereka ini sebagai Syiah...


Jawapan:


Orang-orang Syiah gemarkan label-label.Apa jua perkataan yang ada bau-bau 'Syiah' samaada 'Syiatihi' atau seumpamanya,dijumpai dalam hadis atau ayat Quran,maka didakwanya merujuk kepada golongan mereka,golongan pengamal ajaran bidaah dan fasiq.Padahal perkataan 'Syiah' bukanlah sesuatu yang eksklusif;ia adalah perkataan bahasa Arab biasa yang bermaksud golongan/pengikut.Anehnya bila ada hadis yang menggunakan perkataan 'Syiah' itu kepada golongan yang negatif seperti para pengikut Dajjal yang bersembunyi dibalik pokok atau batu dalam riwayat Ahmad dalam Musnad,tiada pula mereka berkokok mahu mengaku merekalah golongan itu.




Siapakah keluarga Nabi?


Ustaz Kamil telah menyempitkan makna keluarga nabi (Ahli Bait) kepada Fatimah Az-Zahra,Ali r.a dan kedua anak mereka Hassan dan Hussein.




Jawapan:


Ini salah,kerana di dalam AlQuran telah dijelaskan dalam surah AlAhzab ayat 28 hingga 33 bahawa istilah asal Ahli Bait adalah khas untuk isteri-isteri nabi,dalam konteks ayat ini,isteri Nabi Muhammad s.a.w.Satu lagi contoh ayat al-Qur’an yang menggunakan istilah Ahl al-Bait ketika merujuk kepada isteri nabi ialah kepada isteri Nabi Ibrahim ‘alaihi salam.


Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan.


Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya. [Hud 11:72-73]


Syiah suka menggunakan apa yang dipanggil Hadis Kisa,iaitu hadis yang kononnya mengeluarkan isteri-isteri nabi dari istilah Ahli Bait.Padahal hadis inilah yang menguatkan kedudukan isteri-isteri nabi sebagai pemegang 'title' asal Ahli Bait.


Hadis ini menyebut:


"Umm Salamah radhiallahu ‘anha berkata:
Diturunkan ayat ini kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: Sesungguhnya Allah hanyalah bermaksud hendak menghilangkan dosa kamu wahai Ahl al-Bait dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya [al-Ahzab 33:33] di dalam rumah Umm Salamah.
Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil Fathimah, Hasan dan Husain dan menyelimuti mereka dengan kain (Kisa’) manakala ‘Ali berada di belakangnya, lalu diselimuti juga dengan kain.
Kemudian Nabi berdoa: “Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”
Berkata Umm Salamah: “Dan aku bersama mereka wahai Nabi Allah?” Rasulullah menjawab: “Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.”


Ulasan:


Syiah selalu menggunakan ayat ini untuk mengatakan bahawa Ahli Bait ialah Fatimah,Ali dan kedua anak mereka.Dan berhujah bahawa Ummu Salamah seolah-olah ditolak dari golongan Ahli Bait dengan diisyaratkan oleh tindakan Nabi menolak beliau dari diselimuti kain.


PERKARA SEBENARNYA YANG TERJADI ialah Nabi s.a.w mengetahui bahawa ayat AlAhzab 28-33 itu khas ditujukan kepada isteri-isteri baginda maka baginda berharap bahawa Fatimah,Fatimah,Ali dan kedua anak mereka termasuk dalam golongan Ahli Bait.Sebab itu Nabi s.a.w sampai berdoa:


“Ya Allah ! mereka adalah Ahl al-Bait aku maka hilangkanlah dosa dari mereka dan bersihkanlah mereka dengan sebersih-bersihnya.”


Lantas bertindak menyelimuti mereka.Apabila Ummu Salamah ingin turut serta,Nabi berkata:“Engkau tetap pada kedudukan engkau dan engkau selalu dalam kebaikan.” merujuk kepada Ummu Salamah sebagai isteri Nabi TETAP PADA KEDUDUKAN SEBAGAI AHLI BAIT.


Jika Nabi s.a.w sudah tahu ayat ini ditujukan kepada Fatimah,Ali dan kedua anak mereka,tidak payahlah Nabi s.a.w bersusah-payah mendoakan mereka lantas mengambil selimut menyelimuti mereka.Kemungkinan,yang sebaliknya berlaku;Nabi mengumpulkan isteri-isteri baginda,mendoakan mereka lantas menyelimuti mereka.


Bayangkan,Nabi juga punya anak-anak yang lain seperti Ruqayyah,Zainab,Ummi Kalthum dan lain-lain tetapi yang menjadi Ahli Bait hanya Fatimah Az-Zahra?Pelik Bin Ajaib.




Hadis Ghadir Khum


Dalam video ini juga Ustaz Kamil juga menyentuh tentang perbezaan antara Syiah dan Sunnah.Apa bezanya?


Perbezaannya menurut Ustaz Kamil ialah jawatan Khalifah selepas kewafatan Nabi s.a.w sepatutnya dipegang oleh Saidina Ali r.a.Ini keyakinan Syiah.

SYIAH

sumber



Dalam artikel kali ini,kita akan membicarakan satu lagi senjata paling ampuh The Hidden Hand.Di sini juga kita akan menyiasat,siapakah yang sebenarnya menaburkan fitnah dan membunuh cucu nabi yang amat-amat nabi cintai.Kita juga akan mengetahui siapakah juga yang menghina isteri-isteri nabi terutamanya Siti Aisyah r.a dan Sahabatnya yang dikasihi.

Baca dengan teliti,ayat demi ayat sehingga sampai kepada noktah terakhir.Fahami betul-betul maksudnya.Terdapat rahsia di sana-sini.Anda akan dapat menghidu 'sesuatu' jika benar-benar faham.Dan anda paling faham jika dapat menukarkan racun yang disuap Yahudi dan Nasrani (baca:The Hidden Hand),menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.

Ini adalah artikel di bawah siri Mason-Mason Melayu (Bahagian V)

Selamat membaca.






-M.O








Selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w,keadaan umat Islam begitu membimbangkan.Berita kewafatan baginda benar-benar membuatkan mereka terpukul.Umar Al-Khattab r.a mengancam untuk memenggal tangan dan kaki siapa yang mengatakan nabi sudah tiada.Jika tidak ditenangkan oleh Abu Bakar As-Siddiq r.a,sudah tentu keadaan bertambah berserabut.Keadaan umat Islam perlu ditenangkan terlebih dahulu.Maka para Sahabat pun bermenyuarat untuk menentukan siapakah yang bakal menguruskan keperluan umat Islam;mengambil alih peranan Rasulullah s.a.w,berkhidmat kepada kaum Muslimin.

Akhirnya sebulat suara,para Sahabat memilih Abu Bakar As-Siddiq mengenangkan arahan nabi menyuruh beliau menjadi imam menggantikan Rasulullah s.a.w ketika baginda sakit tenat,dan diteguhkan dengan sikap nabi yang seperti tidak menyenangi Umar Al-Khattab menggantikan Abu Bakar As-Siddiq sebagai imam pada suatu ketika,juga berdasarkan usia dan kredit beliau sebagai Sahabat nabi yang paling rapat susah dan senang dan beberapa kriteria lain.

Namun ketika berita kewafatan baginda tersebar,ada satu kelompok manusia yang mula tersenyum lebar.Dendam mereka kepada Rasulullah s.a.w tidak pernah padam sejak baginda membuka kota Mekah lagi.Mereka mula merancang sesuatu,malahan sejak nabi menghadapi sakit tenat,kelompok ini sudah mengangan-angankan impian mereka dan dendam yang terbalas.Mereka memerhatikan setiap perjalanan politik umat Islam,apabila terjadi perpecahan walau sedikit pun,mereka akan bertindak!

Pada hari-hari yang indah itu,ketika Rasulullah s.a.w masih hidup,kelihatan dua cucu baginda yang masih kecil bermain-main di sekeliling Kekasih Allah itu.Adakalanya mereka bermain-main dengan janggut nabi,ada yang cuba memanjat tubuh nabi.Nabi hanya tersenyum melihat gelagat cucu-cucu baginda yang amat dicintainya.







Para Pembunuh Cucu Nabi






"Saudara-saudara, api (neraka) sudah bertiup. Fitnah pun datang seperti malam gelap gulita. Demi Allah,jangan sekiranya kamu berlindung kepadaku tentang apapun. Demi Allah aku tidak menghalalkan sesuatu kecuali yang dihalalkan oleh Al Quran. Juga aku tidak mengharamkan sesuatu, kecuali yang diharamkan oleh Al Quran. Laknat Allah kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan perkuburan nabi-nabi mereka sebagai tempat peribadatan !"

(antara kata-kata terakhir Rasulullah s.a.w sebelum kewafatannya)




Apakah yang dimaksudkan dengan Syiah?Siapakah Syiah?Apa masalahnya dengan mereka?Untuk mengkaji siapakah mereka,kita perlu mengkaji perjalanan sejarah dengan hati yang jujur.Kita perlu mengkaji asal-usul segala label-label yang ada.Dan kita perlu meneliti apakah ajaran Rasulullah s.a.w,pandangan baginda terhadap para Sahabatnya dan ramalan baginda tentang fitnah yang akan terjadi.Kita perlu menyiasat sejujurnya,kita perlu ambil pandangan kedua-dua pihak untuk mengetahui siapakah yang digelar Syiah ini,kerana di akhir cerita,kita akan tahu siapakah yang SEBENARNYAmenumpahkan darah cucu-cucu Rasulullah s.a.w,memaki hamun para Sahabat dan memfitnah isteri Nabi sebagai pelacur kerana kelak jika kita terkeliru berada di barisan yang salah,kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,di hadapan nabi yang kita harapkan syafaatnya....rupa-rupanya kita termasuk dalam golongan yang sesat,yang berasal dari moyang-moyang konspirator penumpah darah Hassan dan Hussein,pemuda-pemuda syurga yang dicintai Allah dan Rasul.

Pertama sekali,kita perlu tahu apakah yang dinamakan Syiah itu.Syiah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang.Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara (Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405,karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu'ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib
bin 'Ali Al-Awaji).

Adapun menurut terminologi syariat bermakna: Mereka yang menyatakan bahwa Ali bin Abu Thalib lebih utama dari seluruh sahabat dan lebih berhak untuk memegang tampuk kepemimpinan kaum muslimin, demikian pula anak cucu
sepeninggal beliau. (Al-Fishal Fil Milali Wal Ahwa Wan Nihal, 2/113, karya Ibnu Hazm).Syiah adalah satu kelompok berasaskan politik pada mulanya terutama selepas peristiwa majlis Tahkim namun telah meleret-leret kepada masalah akidah dan hukum Islam termasuk ibadah.Syiah telah terbahagi kepada banyak cabang seperti Imamiah atau Itsna 'Asyariah (Dua Belas Imam atau juga dikenali sebagai Ja'fariyah),Ismailiyah dan Zaidiyah.Kebanyakan perbezaan di antara mereka adalah perbalahan tentang jumlah Imam;iaitu perkara terpenting dalam akidah Syiah.Dalam konteks ini,kita akan fokus kepada Syiah Imamiyah atau Syiah Imam 12 kerana Syiah inilah yang menjadi pilihan kebanyakan pengikutnya di Malaysia juga di dunia;sejak Iran diketahui umum adalah negara yang menganut fahaman Syiah ini.

Artikel ini lebih fokus kepada kelompok Syiah yang melampau (Syiah sendiri memanggil mereka dengan panggilan 'Ghulat') terutama dari cabang Imamiyyah,kerana perbuatan Ghulat ini banyak dikesan dari cabang ini manakala cabang lain seperti Zaidiah pula amat dekat dengan realiti sejarah dan menghormati Sahabat juga mengakui Khalifah AlRasyidin (Abu Bakar,Umar,Usman termasuk Ali).

MASALAHNYA,SYIAH GHULAT INI MAJORITINYA BERSEMBUNYI DI DALAM CABANG SYIAH IMAMIYYAH,RAFIDHAH ATAU JA'FARIYYAH INI.

Fahamkan dengan teliti,nanti dikhuatiri anda mencela orang yang salah.


Syiah Imamiyah juga dikenali sebagai Rafidhah,yang ada kaitannya dengan kisah Zaid bin 'Ali bin Hussein bin
'Ali bin Abu Thalib dan para pengikutnya ketika memberontak kepada Hisyam
bin Abdul Malik bin Marwan di tahun 121 H. (Badzlul Majhud, 1/86)

Zaid (cucu Hussein r.a) telah mendengar ada para penyokongnya yang mencela para Sahabat seperti Abu Bakar dan Umar lantas beliau menegur mereka.Hasilnya para penyokongnya meninggalkannya.Zaid terkejut melihatkan senario itu lantas berkata:

"Rafadhtumuunii?"

Yang bermaksud "Kalian tinggalkan aku?" (Maqalatul Islamiyyin, 1/137)

Dalam riwayat ini jelas ada satu kelompok yang kononnya mencintai dan menyokong Zaid (sebagai cicit Ali r.a) namun meninggalkan Zaid apabila ada perbezaan pendapat tentang celaan terhadap Sahabat Nabi.

Berbalik kepada Syiah Imamiyyah,ia mengandungi beberapa prinsip atau doktrin seperti Taqiyyah (berpura-pura),ar-Raj'ah (Kemunculan Semula Imam Mahdi Dan Kumpulan Orang Yang Telah Mati Untuk Memberi Keadilan) dan al-Bada' (Ilmu Allah Berubah-ubah Mengikut Sesuatu Peristiwa Yang Berlaku Kepada Manusia),namun prinsip Imamah lah yang sangat menonjol kerana dari sinilah timbul sindrom mendewa-dewakan Ali r.a dan keturunannya sehingga dikatakan para Imam 12 yang semuanya Ahli Bait lebih tinggi makamnya dari para nabi dan malaikat serta segala makhluk.


Kitab Al Hukumah Al Islamiyah karangan Khomeini (Khomeini adalah pemimpin revolusi Iran dan idola Syiah Malaysia) halaman 52.

"Allah telah mengusapkan tangan kanannya pada keluarga Ali dan memberikan cahayanya pada mereka
Tak ada keselamatan kecuali kalian wahai keluarga ali, tidak ada tempat selain dari kalian wahai mata Allah yang melihat (Biharul Anwar : 94/37).

Juga di dalam al-Hukuumatu al-Islamiyyah (hal. 52):"Dan sesungguhnya yang terpenting dari madzhab kami,sesungguhya imam-imam kami mempunyai kedudukan (maqam)yang tidak mampu dicapai oleh seorang pun malaikat yang muqarrab/dekat dan tidak oleh seorangpun Nabi yang pernah diutus.

Majlisi berkata : Allah hanya disembah, dikenal dan diesakan dengan perantaraan para Imam. Biharul Anwar jilid 23 hal 103.



Membuka Topeng Sebenar Syiah


"Mereka itu adalah suatu kaum yang merancang untuk
menghapuskan Nabi namun tidak mampu. Maka akhirnya mereka cela para
Sahabatnya agar kemudian dikatakan bahawa dia (Nabi Muhammad) adalah
seorang yang jahat, kerana kalau memang dia orang soleh, nescaya para
Sahabatnya juga adalah orang-orang soleh." (Ash-Sharimul Maslul 'ala
Syatimirrasul, hal. 580)


Mari kita buka saja topeng mereka.Topeng 'cintakan keluarga Nabi' atau topeng 'Islam' mereka.Kita telanjang mereka sahaja,yang selama ini menutup tubuh keji mereka berlumuran darah Ahli Bait dengan selimut kita.Sebenarnya sejarah permulaan FITNAH dalam sejarah Islam bermula setelah kemangkatan Khalifah Usman r.a.Secara ringkasnya,terdapat golongan yang mahukan pembelaan terhadap pembunuhan Usman r.a namun ketika Ali r.a dilantik menjadi khalifah,beliau berpendapat suasana politik umat Islam perlu distabilkan terlebih dahulu,barulah usaha mencari pembelaan diteruskan.INI ADALAH SIASAH BELIAU,namun ada kelompok yang tidak menghormati pendapat sepupu nabi yang terkenal sebagai pintu ilmu dan kebijaksanaannya.Mereka menimbulkan FITNAH bahawa Ali r.a menyembunyikan pembunuh menyebabkan kaum kerabat Usman r.a terutama dari Bani Umayyah merasa amat marah.Mereka telah nampak bara perpecahan,dan ini masanya untuk menuang minyak ke atasnya!

Kelompok inilah yang menjadi batu api sehingga mencetuskan Perang Jamal yang menyayat hati itu.Perang Jamal menjadi amat kontroversi,dan pasti orang tertanya-tanya mengapakah isteri yang amat dicintai Rasulullah s.a.w;Aisyah 'Umaira' r.a,dan dua Sahabat Nabi yang dijamin syurga;Thalhah dan al-Zubair r.a menyertai peperangan menentang Khalifah Ali r.a,yang juga sepupu Rasulullah s.a.w?Adakah mereka menentang Ali r.a????

TIDAK SAMA SEKALI

Al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah (774H) memperincikan detik-detik yang mengakibatkan bermulanya Perang Jamal:

“Orang-orangpun merasa tenang lagi lega …… pada waktu malamnya kedua-dua pihak bermalam dalam keadaan yang sebaik-baiknya. Akan tetapi para pembunuh Usman melalui malam tersebut dalam keadaan yang seburuk-buruknya. Mereka berbincang dan bersepakat untuk mengobarkan peperangan pada awal pagi esoknya. Mereka bangun sebelum terbit fajar, jumlah mereka menghampiri seribu orang. Masing-masing kelompok bergabung dengan pasukannya lalu menyerang mereka (pasukan Aisyah) dengan pedang. Setiap golongan bergegas menuju kaumnya untuk melindungi mereka. Orang-orang (pasukan Aisyah) bangun dari tidur dan terus mengangkat senjata. Mereka berkata: “Penduduk Kufah (pasukan Ali) menyerbu kita pada malam hari, mereka mengkhianati kita!”

Mereka (pasukan Aisyah) mengira bahawa para penyerang itu berasal dari pasukan Ali. Suasana hura hara tersebut sampai ke pengetahuan Ali, lalu beliau bertanya: “Apa yang terjadi kepada orang ramai?” Mereka menjawab: “Penduduk Basrah (pasukan Aisyah) menyerang kita!”

Maka kedua-dua pihak mengangkat senjata masing-masing, mengenakan baju perang dan menaiki kuda masing-masing. Tidak ada seorang jua yang menyedari apa yang sebenarnya terjadi.” [al-Bidayah wa al-Nihayah (diteliti oleh Ahmad `Abd al-Wahhab; Dar al-Hadith, Kaherah, 1997), jld. 7, ms. 227]

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) meringkaskan detik-detik ini dalam satu perenggan:

“Mereka (para pembunuh Usman) menyerang khemah Thalhah dan al-Zubair. Lalu Thalhah dan al-Zubair menyangka bahawa Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri (self defense). Seterusnya Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan al-Zubair) menyerangnya, maka Ali menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua pihak).

Manakala Aisyah radhiallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahl al-Ma’rifat bi al-Akhbar).” [Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fi Naqd Kalam al-Syi`ah wa al-Qadariyyah (diteliti oleh M. Rasyad Salim; Muassasah Qurtubiyyah, 1986), jld. 4, ms. 317]

Ibnu Kathir juga menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa` menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.”
Kemudian al-Qa`qa` meminta supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya untuk mendamaikan antara manusia.

Selepas berakhirnya Perang Jamal,apabila ramai orang Islam serta para Sahabat meninggal dunia (dalam kes ini,mereka menjadi mangsa fitnah golongan munafik jadi tidak usahlah kita memandang serong kepada Sahabat Nabi yang terpaksa berijtihad mempertahankan diri) dalam perang saudara yang sia-sia dan menyedihkan itu,barulah kedua-dua pihak sedar apa yang berlaku,namun sudah terlambat.Unta Siti Aishah r.a juga kelihatan rebah dipanah dan 'Umaira' Rasulullah itu terjatuh walaupun beliau hanya duduk di atas unta tanpa menyerang.Saidina Ali r.a yangterkenal bijak,berhemah tinggi dan tinggi ilmu (bukan seperti golongan Syiah pekat yang rendah akhlaknya memandang serong isteri Nabi ini termasuk Syiah Melayu yang dungu) dengan penuh sayu,hiba dan sedih mengarahkan orang-orangnya supaya isteri sepupunya (Rasulullah s.a.w) itu dilindungi dan dibawa pulang dalam keadaan selamat.Beliau tahu bahawa ini semua adalah gara-gara fitnah dan beliau pun tahu Ummul Mukminin itu bukanlah datang untuk menyerangnya namun datang untuk mendamaikan sesama umat Islam sahaja.

DARI SINI KITA TAHU BAHAWA TUJUAN AISHAH DAN SAHABAT-SAHABAT NABI ITU BERANGKAT ADALAH UNTUK MENDAMAIKAN UMAT ISLAM YANG DILANDA DIFITNAH.Namun kelompok yang membunuh Usman r.a merasa tergugat dengan rencana mereka dan takut jika umat Islam bersatu mencari mereka yang membunuh Usman r.a lantas mengambil keputusan melaga-lagakan kedua-duanya.

Dan kelompok inilah yang SEBENARNYA MEMBUNUH CUCU NABI,SAIDINA HUSSEIN R.A DI KARBALA!!

Sebenarnya selepas Perang Siffin dan Majlis Tahkim yang menyaksikan kelicikan Muawiyyah dan kesabaran Ali r.a,umat Islam berpecah kepada 4 kelompok secara politik,iaitu pro-Ali,pro-Muawiyyah,Khawarij dan orang-orang Islam yang mengambil sikap berkecuali atau tunggu dan lihat.Khawarij adalah kelompok yang bencikan kedua-duanya;Ali dan Muawiyyah dan menghalalkan darah mereka untuk ditumpahkan.KITA MESTI FAHAM SEJARAH PERALIHAN ERA KHALIFAH AR-RASYIDIN KEPADA PEMERINTAHAN BANI UMAYYAH untuk mengesan punca FITNAH dan SIAPA yang MENGGERAKKAN FITNAH itu.

Friday, December 3, 2010

Ego politik dan militari




YEONPYEONG, merupakan antara gugusan pulau-pulau kecil yang berada di wilayah Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning.
Ia dihuni sekitar 1,600 penduduk yang rata-ratanya menjalankan aktiviti menangkap ikan dan bertani. Di samping itu, ia turut menjadi pangkalan tentera yang menempatkan 1,000 tentera Korea Selatan.
Dari sudut geografi, pulau itu hanya seluas lapan kilometer persegi. Ia terletak kira-kira 80 kilometer dari barat Incheon, Korea Selatan dan 12 kilometer dari selatan pantai wilayah Hwanghae, Korea Utara.
Namun, apa yang membuatkan Yeonpyeong begitu istimewa adalah kedudukannya yang terletak hanya dua kilometer dari Nothern Line Limit (Sempadan Had Utara), sebuah zon bebas ketenteraan yang memisahkan perairan di antara kedua-dua negara.
Pemisahan garisan sempadan merupakan antara syarat gencatan senjata yang dimeterai bagi menamatkan konflik hampir empat tahun di Semenanjung Korea pada tahun 1950 hingga 1953.
Biarpun sudah hampir enam dekad, Seoul dan Pyongyang masih belum mencapai persetujuan mengenai sempadan perairan bersama. Bagaimanapun, akibat dendam dan prasangka yang terus membara menyebabkan Korea Utara dilihat lebih agresif mewujudkan provokasi.
Konflik berterusan
Tentera laut kedua-dua negara pernah bertempur di perairan sama pada 1999 dan 2002.
Pada Mac lalu, ketegangan sekali lagi memuncak di rantau berkenaan selepas pasukan penyiasat antarabangsa diketuai tentera Korea Selatan menuduh tentera rejim komunis itu melepaskan torpedo ke arah kapal perang Korea Selatan, Cheonan sehingga karam.

SEKEPING foto tidak bertarikh yang dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea menunjukkan dua buah roket dilepaskan oleh Unit 1489 semasa sesi latihan dan ujian pada tahun lalu.


Tragedi yang berlaku berhampiran sempadan Laut Kuning itu mengorbankan 46 anak kapal. Bagaimanapun, Pyongyang menafikan dakwaan itu, lebih-lebih lagi tiada bukti kukuh mengaitkan kehadiran kapal selamnya.
Bagaimanapun, serangan terbaru pada 23 November lalu membuktikan rejim itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk melancarkan perang ke atas Korea Selatan.
Ratusan bedilan meriam dan roket disasarkan ke Yeonpyeong, mengakibatkan empat mangsa termasuk dua anggota marin dan dua orang awam terbunuh selain mencederakan puluhan yang lain.
Ia turut memusnahkan puluhan bangunan, rumah, kemudahan tentera dan memaksa lebih 700 penduduk yang trauma dipindahkan.
Sumber Korea Utara mendakwa, serangan itu dilancarkan selepas Korea Selatan tidak menghiraukan amaran supaya ia menghentikan latihan ketenteraan di lokasi berkenaan.
Seorang penduduk, Kwan Young-hee's memberitahu semasa serangan itu dia sempat mencapai telefon bimbit dan berlari menyelamatkan diri.
“Letupan bom begitu membingitkan. Rumah saya bergegar manakala semua tingkap pecah,” katanya yang bersembunyi di sebuah kubu bawah tanah.
Keesokannya, dia bersama ratusan penduduk yang lain dihantar ke kawasan penempatan sementara di Incheon dengan menaiki kapal peronda pantai.
“Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini, ia merupakan tempat yang tenang dan mendamaikan,” tambah wanita berusia 47 tahun itu. “Saya tidak akan kembali semula ke sana.”
Serangan yang dilakukan dilihat sebagai tindakan paling agresif ke atas orang awam selepas pengeboman pesawat Korean Air pada tahun 1987, dipercayai didalangi oleh rejim itu.
Ia juga mencatatkan sejarah sebagai bedilan terbuka pertama ke atas Korea Selatan selepas berakhirnya Perang Korea pada 1953.
“Kami tidak menyangka mereka akan menyerang orang awam,” cerita Hong Kwang-sun ketika dia dan pelarian lain sedang menikmati minuman di pelabuhan berhampiran Incheon.
“Tentera mereka tidak kebuluran kerana mendapat bantuan rakyat di negara ini, sekarang mereka membalasnya dengan menembak ke arah kami. Pada masa akan datang, kami sepatutnya menembak mereka.”
Tentera Korea Selatan membalas serangan itu dengan 80 bedilan meriam. Bagaimanapun tindakan itu dikritik media tempatan dan pemimpin politik kerana dilihat tidak cukup agresif.
Perutusan khas dari Jepun dijangka tiba ke China untuk memberi petanda ke arah usaha diplomasi yang dirangka.
KAWALAN di sempadan juga diperketatkan selepas Korea Utara secara terbuka melancarkan roket baru-baru ini ke atas kepentingan awam.


Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan, sama ada kunjungan Pengerusi Perhimpunan Agung Rakyat Korea Utara, Choe Thae Bok ke Beijing pada minggu ini dapat mencari penyelesaian yang diharapkan.
Reaktor nuklear Korea Utara
Apatah lagi, Korea Utara sudah semakin berani menunjukkan kepada dunia tentang program nuklearnya.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Pyongyang mendakwa mempunyai reaktor pengayaan uranium moden.
Beberapa hari sebelum serangan di Yeonpyeong, rejim itu mendedahkan program nuklearnya, apabila membenarkan lawatan saintis nuklear AS, Siegfried Hecker ke Yongbyon.
Tujuannya untuk menghebahkan kepada dunia bahawa teknologi itu digunakan untuk menjana tenaga elektrik dalam negara dan bukan semata-mata untuk tujuan ketenteraan.
Bagaimanapun, kewujudan reaktor itu memberikan Pyongyang asas kukuh untuk menjalankan program pengayaan uranium sebagai tambahan kepada program berasaskan plutonium. Apa yang pasti, kedua-dua bahan radio aktif itu merupakan bahan utama dalam pembuatan bom atom.
Korea Utara mendesak untuk menyambung semula rundingan antarabangsa yang membolehkannya menerima lebih banyak bantuan sebagai balasan terhadap komitmen mendedahkan program nuklearnya.
Serangan terhadap Korea Selatan baru-baru ini dikatakan sebagai petunjuk kepada kekecewaannya terhadap proses rundingan yang terhenti.
Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak berikrar akan memastikan Korea Utara ‘menerima akibat’ daripada perbuatan mereka, malah menyifatkan serangan negara komunis itu ke atas kawasan awam baru-baru ini sebagai ‘jenayah kemanusiaan.’
“Jika (Korea) Utara melancarkan provokasi tambahan ke atas (Korea) Selatan, kami akan memastikan mereka menerima balasan setimpal,” kata Myung-bak.
Siapa lebih hebat?
Apa yang pasti, konflik yang berlaku di Semenanjung Korea tidak sekadar melibatkan kedua-dua blok Utara dan Selatan, sebaliknya turut dilihat sebagai medan persaingan peribadi AS dan China.
Selepas kejatuhan Soviet, AS sudah tidak menghadapi sebarang cabaran dari Eropah.
Kini, China dianggap sebagai pencabar utama dengan kemampuannya menghasilkan senjata nuklear dan pertumbuhan pesat ekonominya.
Beijing melihat Pyonyang sebagai aset dalam perimeter pertahanan masa depan ketika berdepan dengan perkembangan teknologi persenjataan AS dalam usaha meluaskan pengaruhnya di Asia Timur.
Sementara itu, AS pula mahu menyekat penguasaan China di samping memastikan kestabilan di rantau itu yang juga melibatkan keselamatan kuasa besar ekonomi dunia dan sekutunya, iaitu Korea Selatan dan Jepun.
Seorang penganalisis pertahanan, Muhammad Fuad Mat Noor berkata, selain mendapat restu Beijing yang memainkan peranan di belakang tabir, tindakan berani Pyongyang juga dikaitkan dengan pertukaran tampuk pemerintahan di negara itu.
“Sebelum ini banyak pihak meragui kemampuan Kim Jong Un selepas dilantik bagi menggantikan bapanya Kim Jong Il.
“Serangan itu mungkin merupakan satu isyarat Jong Un kepada AS dan sekutu-sekutunya bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan keras, sama seperti bapanya,” ulas Muhammad Fuad.
Beliau menambah sebagai negara dengan kekuatan tentera keempat terbesar di dunia, Korea Utara memiliki lebih satu juta tentera yang bersiap sedia untuk bertempur di medan perang.
“Pyonyang juga mempunyai sistem persenjataan dan artileri yang ampuh diwarisi daripada teknologi China dan Soviet.
“Misalnya, teknologi peluru berpandu (permukaan ke permukaan) yang dimiliki seperti Taepodong-2 bukan sahaja mampu memusnahkan Seoul, malah boleh disasarkan sehingga ke perairan Jepun,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, walaupun belum terbukti namun bukanlah sesuatu yang mengejutkan teknologi nuklear Pyongyang mampu meletakkan negara itu sebaris dengan kuasa-kuasa nuklear seperti China, Rusia, Perancis, AS, Pakistan dan India. Malah dengan teknologi yang masih dirahsiakan itu, Korea Utara berkemampuan untuk menangkis ancaman senjata pemusnah besar-besaran.

REAKTOR pengayaan uranium Korea Utara menimbulkan kebimbangan dunia tentang kemampuan kuasa persenjataan nuklear negara itu.


Katanya, bagaimanapun dunia tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap sistem persenjataan Korea Selatan yang tidak kurang hebatnya. Ini kerana ia menggunakan sepenuhnya teknologi daripada AS.
“Bahkan, Seoul juga merupakan pengeluar sistem pertahanan di Asia Pasifik selepas China. Ia menghasilkan pelbagai kelengkapan ketenteraan seperti kereta kebal, artileri, kapal perang, kapal selam, kapal logistik, raifal dan sebagainya.
“Boleh dikatakan sebahagian besar negara-negara di rantau ini memiliki teknologi ketenteraan dari Korea Selatan, termasuk Malaysia seperti kereta perisai K200 (MIFV) dan kapal logistik yang digunakan di dalam Angkatan Tentera Malaysia,” ujarnya.
Di samping itu, Seoul juga sering menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan AS setiap tahun bertujuan untuk mempersiapkan angkatan tentera di samping menerbitkan kegerunan terhadap Pyongyang.
“Pada masa yang sama AS juga menempatkan kira-kira 28,000 tenteranya di negara itu yang sedia digerakkan bagi berhadapan dengan sebarang ancaman.
“AS turut menempatkan sejumlah peluru berpandu di negara itu bagi menghalang serangan roket dari udara,” katanya.